Juara Maharaja Lawak Kumpulan_Sepah

Pada 24 Mei 2011, Sepah berjaya menawan hati penonton dan juri kerana menerapkan unsur agama dan realiti permasalahan kehidupan masyarakat Melayu . Pasangan suami isteri yang bergaduh sakan berjaya dilawakkan . Penampilan penyanyi Dafi mencetuskan suasana kejutan dan girang di hati penonton.

Begitu juga dengan sketsa dua pencuri yang mencuri rumah seorang ustazah berjaya 'ditawan' oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood hos rancangan Semanis Kurma [1]. Persembahan mereka di Stadium Malawati, Shah Alam cukup selamba , bersahaja dan dialog yang diucapkan cukup menggelikan hati penonton. Tiga juri tetap iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek yang mewakili 50 peratus cukup yakin memilih mereka sebagai Maharaja Lawak .[2]

Mereka berkongsi hadiah lumayan RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro. Naib johan pula ialah kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan Razak yang membawa pulang RM250,000 beserta trofi. Nabil menduduki tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM150,000 berserta trofi. Kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke menduduki tempat ke-4 dan membawa hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.[3]